




Tugas sebagai Kaunselor menguji diri untuk melaksanakan tugas & peranan dengan betul & berkesan. Apa2 pun tugas harus cemerlang bermula di sekolah sebelum menular kecemerlangan ke sekolah lain. Teras itu aku pegang sebab 'amanah & tanggungjawab' yang harus dipikul... apa nak dijawab dengan Allah nanti. Sebelum mengikuti Kursus TOT untuk Program Khidmat Negara (Pembentukan Karektor) 2004, aku lihat kerja kaunseling ni sama semuanya... tapi lepas berbincang, bersoaljawab & belajar dari Pakar Luar Negeri ketika Modul Khidmat Negara mula diperkenalkan, barulah aku tau ... motivator lain, kaunselor lain, trainer lain... Aku rasa lah... untungnya aku sebab aku pernah buat kerja motivasi, pernah jadi trainer Khidmat Negara dan kerja hakiki sebagai kaunselor... so aku ada semuanya '3 in 1'... So, insyaAllah berbekalkan ilmu dan pengalaman, jika 'kau orang' nak kan bantuan, hubungilah... jangan tanya bayaran, tapi tanyalah sumbangan yang boleh diberi... itu bagi aku ukuran kepakaran dan nilainya lebih tinggi dari 'wang ringgit'.... selepas 25 tahun aku lalui.
No comments:
Post a Comment