Thursday, December 31, 2009

ANAK BONGSU KU ... SI ECAH


Nama penuh Siti Aisyah Adnin. Lahir pada 20 Mei 2002 di Taiping Medical Centre. Sekarang di Tahun 2. Bersekolah kat SK Padang Asam, Padang Rengas. Hobi suka membaca buku-buku sejarah.. mungkin ikut 'gen' bapaknya. Cita-cita nak jadi Cikgu Matematik. Yang ni ikut 'gen' maknye. Makanan kesukaan 'ketam masak lemak nenas'. Kalau makan mak mertua lalu kat belakangpun tak nampak.. Tapi kalau lalu depan, sedar le.... mau tak sedar dah lalu kat depan! Warna kesukaan 'pink' dan minuman kegemaran 'fresh oren'. Bila masa lapang suka tolong ayahnya 'mengaru belakang' ... eeee syonoknye. Ada koleksi Barbie satu kotak dihimpun sejak usia 2 tahun lagi. Naik pening mak ayahnya kene beli. Rancangan TV yang diminati 'CERIA Channel kat ASTRO'. Cucu kesayangan ATOK kat Padang Rengas dan Kota Lama.

Friday, December 18, 2009

SENARAI LOKASI CERAMAH BAGI TAHUN 2009

Bagi tahun 2009, sumbangan membantu yang tercatat dalam DiaryKu untuk aktiviti LUAR adalah seperti berikut:
1. MRSM Kepala Batas - Mind Mapping
2. MRSM Lenggong - Motivation
3. SM Teknik Seri Iskandar - Motivation
4. SK Sult. Idris II, Kuala Kangsar - Leadership
5. SK Silibin, Ipoh - Leadership
6. SK Bidor - Motivation & Parenting
7. SM Teknik Brach, Ipoh - Motivation
8. SK Jeliang, Manong - Motivation & Parenting
9. SK Tun Dr Ismail, Pdg Rengas - Leadership
10. SK Batu 4, Gerik - Motivation & Parenting
11 SK St Michael 1, Ipoh - Motivation & Parenting
12 SMK Toh Muda Abd Aziz, Sg Siput - Parenting
13 SK Raja Muzwin, Kuala Kangsar - Motivation
14 SMK Iskandar Syah, Parit - Motivation & Parenting
15 SMK Seri Iskandar, Bota - SMART Study & Parenting
16 JKKK Kg Chuar - Motivation
17 SMK Raja Perempuan Kelsom - Motivation & Parenting
18 Madrasah Idrisiah, Bkt Chandan - Study Skills
19 SMK Methodist, Sg Siput - Motivation
20 SMK Changkat Lada, Kg Gajah - Study Skills
21 SK Kg Kasib, Sg Siput - Study Skills
22 SMK Kenering, Gerik - Motivation & Parenting
23 SK Ulu Kenas - Motivation
24 SK Lasah, Sg Siput - Motivation & Parenting
25 SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar - Motivation
26 Rumah Anak2 Sult Abd Aziz, Kuala Kangsar (JKM) - Motivation
27 SK Padang Asam, Pdg Rengas - Motivation & Parenting
28 SMK Layang2 Kiri, Parit - Motivation
29 SK St Michael II, Ipoh - Motivation
30 SK Jalong, Sg Siput - Motivation
31 SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar - Motivation & Parenting
32 SMK Sult Idris Shah, Gerik - Motivation
33 Pej. Kesihatan Daerah K.Kangsar - Motivation on PROSTAR
34 SK Seri Iskandar, Seri Iskandar - Motivation
35 SMK Rapat Setia, Ipoh - Motivation
36 SMK Sult Abd Jlil Shah, Seberang Perak - Motivation & Recall
37 SK Pasir Kubu, Kg Gajah - Study Skills
38 SK Sult Abd Aziz, Ketior - Motivation & Parenting
39 SMK Alor Pongsu, Bagan Serai - Motivation
40 SK Sauk - Parenting
41 SMK Seri Manjong, Manjong - Motivation
42 Pejabat Pendaftaran Negara, Putrajaya - Skills on LDK & Counselling
43 SK Kuala Kurau, Bagan Serai - Motivation & Parenting
44 SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu - Motivation & Study Skills
45 SMK Abu Bakar Al Bagir, Bagan Serai - Study Skills
46 Pej. Kesihatan Pergigian Kuala Kangsar - Motivation & Team Building
47 SK Adika Raja, Gerik - Motivation & Parenting
48 SMK Batu Empat, Gerik - Parenting
49 SK Lintang, Sg Siput - Parenting
50 SMBK Addiniah, Jelutung - Team Work
51 SMK Sultan Mohd Shah, Parit - Motivation
52 SK Raja Mjuda Musa, Kuala Kangsar - Motivation
53 SMK Dato Kamaruddin, Bt Kurau - Motivation & Parenting
54 SMK Gerik, Gerik - Motivation & Study Skills
55 SK Manong, Manong - Motivation & Parenting
56 Staf KD Muhamad Amin (TLDM Lumut) - Motivation & Team Building

Lain-lain sekolah @ institusi kalau tercicir mohon maaf sebab banyak yang tak tercatat dalam DiaryKu... so kalau ingat saya edit balik. Komen tentang perkhidmatan, JANGAN TANYA SAYA tapi rujuk kepada mereka yang dibantu... apa yang penting bagi saya secara peribadi adalah ... JIKA HARI INI KITA BANTU ANAK2 ORG, INSYAALLAH SUATU HARI NANTI ANAK ORANG ATAU ORANG LAIN AKAN MEMBANTU KITA DAN ANAK2 KITA PULA.

PENCERAMAH MOTIVASI






Tugas sebagai Kaunselor menguji diri untuk melaksanakan tugas & peranan dengan betul & berkesan. Apa2 pun tugas harus cemerlang bermula di sekolah sebelum menular kecemerlangan ke sekolah lain. Teras itu aku pegang sebab 'amanah & tanggungjawab' yang harus dipikul... apa nak dijawab dengan Allah nanti. Sebelum mengikuti Kursus TOT untuk Program Khidmat Negara (Pembentukan Karektor) 2004, aku lihat kerja kaunseling ni sama semuanya... tapi lepas berbincang, bersoaljawab & belajar dari Pakar Luar Negeri ketika Modul Khidmat Negara mula diperkenalkan, barulah aku tau ... motivator lain, kaunselor lain, trainer lain... Aku rasa lah... untungnya aku sebab aku pernah buat kerja motivasi, pernah jadi trainer Khidmat Negara dan kerja hakiki sebagai kaunselor... so aku ada semuanya '3 in 1'... So, insyaAllah berbekalkan ilmu dan pengalaman, jika 'kau orang' nak kan bantuan, hubungilah... jangan tanya bayaran, tapi tanyalah sumbangan yang boleh diberi... itu bagi aku ukuran kepakaran dan nilainya lebih tinggi dari 'wang ringgit'.... selepas 25 tahun aku lalui.















Sunday, December 6, 2009

Perhimpunan PRS Kebangsaan 2009 di Sabah





Terima kasih terutama pada En. Arjimi (Pen Pengarah Kaunseling JPN Perak) atas penghargaannya menghantar aku dan studentku ke Sabah bagi mengikuti program PRS Kebangsaan pada 2, 3, 4, 5 Ogos 2009. Menginap di Hotel LUTH Kota Kinabalu Sabah. Aku dan Cikgu Wan (SK Seri Iskandar) bawah rombongan kontigen Perak daripada Daerah Kuala Kangsar. Kenangan tak dapat dilupakan bila 1st time jejakkan kaki ke Negeri DiBawah Bayu. Fulamak..... tingginya... tapi kebetulan masa tu tak sejuk... Apa yang menariknya, PRS di Sabah standardnya memang 1st class. Aku wajar puji baik punya sebab cara pelaksanaan kemas dan berkesan. Apa-apapun aku ucap tahniah kepada JK Penganjur - JPN Sabah atas pengurusan yang sangat baik dan berjaya. Gua caya bah.....

SEMINAR TEKNIK JAWAB SOALAN SPM RISDA PENANG







Seminar diadakan di Vistana Hotel, Pulau Pinang pada 9, 10, 11 Oktober 2009. Lebih kurang 78 org pelajar dari 2 buah sekolah - SMK Paya Keladi, Kepala Batas dan SMK Bakti, Tasek Gelugor menyertainya. Respon pelajar VERY GOOD dan komitmen mereka terhadap seminar sangat mengkagumkan. Kenapa... pastinya kesungguhan mereka mengikuti program. Namun, yang paling dihargai adalah sumbangan atas penajaan program oleh RISDA Pulau Pinang dengan kerjasama Kolej RISDA Wilayah Utara. Kerja Pak Su sekadar membantu dan membimbing pelajar sebaik mungkin. So HOPE U ALL SUCCESS always.

MOTIVASI PECUTAN OPTIMA RISDA PENANG











Program Motivasi Pecutan Optima melibatkan 2 buah sekolah - SMK Seri Balik Pulau dan SMK Sg Acheh, Pulau Pinang. Program di adakan 14, 15, 16 Ogos 2009 di Copthorne Orchid Hotel Pulau Pinang. Tempatnya BEST.... maklumlah sponsornya BAIK PUNYE! RISDA Pulau Pinang menganjur program berbentuk motivasi persediaan dalam menghadapi peperiksaan bagi pelajar PMR dan SPM 2009. Panjang cerita namun penilaian program pada keseluruhannya SANGAT BAIK. Bukan nak puji penganjur tetapi realiti... itupun semua dengan IZIN ALLAH jua... Hingga bertemu dilain program, kalau nak gambar lain contact Pak Su ... 019 5788388. OK

MY FAMILY

MY FAMILY
Duduk: Dari Kiri
Kak Long, Myself as Daddy, My wife, Kak Ngah
Duduk Bawah: Dari Kiri
Dibah, Aisyah, Iqa
Profil Anak-Anak
Kak Long (Siti Atiqah Hanisah) - Studi kat UniKL MIIT - Multimedia
Kak Ngah (Siti Aqilah) - Studi kat IPBMKL - Teacher
Iqa (Siti Afiqah) - Studi kat SMK RPKL - Form 3
Dibah (Siti Adibah) - Studi kat SK Pdg Asam - Year 6
Aisyah (Siti Aisyah Adnin) - Studi kat SK Pdg Asam - Year 2

Sunday, November 22, 2009

PENGALAMANKU SEBAGAI KAUNSELOR

Minat bermula sejak awal tahun 1985 bila mula-mula posting ke SMK Sg Pelek, Sepang, Selangor. Aku tak ingat sapa nama guru kaunseling masa tu.. seorang amoi belum kawin namun menawarkan aku untuk terlibat sebagai Guru Bimbingan di sekolah sambil membantunya di sesi petang. Cabaran diterima & yang bestnya aku urus pasukan kerjaya sekolah dan menang tempat pertama Pameran Kerjaya Negeri Selangor 2005. Ditawar mengikuti kursus Guru Kaunseling di Seri Layang Genting Highland. Masa tu namanya IPPN (Kini IAB).
Kemudian bertukar balik ke Perak sekitar tahun 1989, namun kali ni ke SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar. Masa tu kaunseling hanya untuk golongan menegah sahaja. Aku dan kawan2 staf sekolah mula menganjurkan program motivasi di sekolah berbekalkan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Yang banyak membantuku Arwah Cikgu Din (budak Sayong Lembah). Kem Kokurikulum pertama aku ingat bermula di SK Rambai Tujuh dan program dirancang setiap tahun. Dalam pada itu, tahun yang sama juga aku mulai memimpin dan membantu Badan Kebajikan Guru-Guru Wilayah Padang Rengas (BKGWPR). Masa tu YDPnya Dato' Hj. Khairuddin Arshad (Mantan Pengarah JPN Perak). Kemudian tahun 1995 bermulalah aku dan kawan-kawan mengadakan Program Percutian 'Summer Camp' kami - KEM REBUNG di SM Vokasional Kuala Kangsar, Padang Rengas. Antara geng asal pertama kami - Cikgu Tajuddin (Kini PK HEM SK Sult. Idris), Cikgu Fezaruddin (Kini GB SK Matang), Cikgu Mazlan (Kini PK KOKU SK Talang), Cikgu Jamaluddin (Kini PK HEM SK Rj Muda Muda), Cikgu Azhar (Kini Penyelia Sukan PPD Kuale), Cikgu Zairi (Kini Peg. Khas Sukan PPD Kuale), Cikgu Zainal (Kini GK 1 SK Pdg Asam) dan ramai lagi..... bukan tak nak tulis tapi banyak sangat.. Pogram Kem Rebung masih diteruskan hingga sekarang tetapi terhenti seketika dalam tahun 2004 dan disambung balik dalam tahun 2007.
Lepas tu tahun 1993, aku sambung belajar ke Institut Perguruan Darulaman (IPDA) di Jitra dalam Kursus Kaunseling Setahun (KSPK). Dapat cemerlang dan kumpul banyak bahan melalui pengalaman. Ingat lagi kat tok-tok guru kaunseling terutama kat Hj. Leh (Ketua Jabatan masa tu), Hj. Sabu, Pak Leh, Pak Ali (IAB), En. Razmi (IAB), Hj. Fadzil, Kak Ton, Arwah Pak Id, Arwah Pak Amer, En. Rahim dan ramai lagi. Orang kata... dan akupun kata, ilmu sebenar kaunseling memang aku timba sebanyak-banyaknya ketika di IPDA.
Tahun 1996, sambung belajar ke UPM dan graduate sekitar 2000. Lepas tu bertugas sepenuh masa sebagai Kaunselor di SMK Sayong, Kuala Kangsar dan pada 23 Feb. 2009, terima perlantikan sebagai Guru Cemerlang Kaunseling.
Pengalaman tak banyak... pernah muncul di TV3 dalam Wanita Hari ini 2003, Radio IKIM, Radio 3 Ipoh, Kaset Bahasa Inggeris bersama Team Bijak Belajar Dr. Shukri, CD Kemahiran Belajar dengan Premier Publisher (tapi sampai sekarang aku tak dapat2 CDnya... haru betul!) dan kini tengah buat buku untuk Modul Latihan Dalam Kumpulan (Aktiviti).
Bagi aku falsafah hidup, 'Buatlah apa jua, insyaAllah dengan izin Allah jua segalanya mampu dicapai. Apa yang penting.... halal dan berbakti'