Sunday, November 22, 2009

PENGALAMANKU SEBAGAI KAUNSELOR

Minat bermula sejak awal tahun 1985 bila mula-mula posting ke SMK Sg Pelek, Sepang, Selangor. Aku tak ingat sapa nama guru kaunseling masa tu.. seorang amoi belum kawin namun menawarkan aku untuk terlibat sebagai Guru Bimbingan di sekolah sambil membantunya di sesi petang. Cabaran diterima & yang bestnya aku urus pasukan kerjaya sekolah dan menang tempat pertama Pameran Kerjaya Negeri Selangor 2005. Ditawar mengikuti kursus Guru Kaunseling di Seri Layang Genting Highland. Masa tu namanya IPPN (Kini IAB).
Kemudian bertukar balik ke Perak sekitar tahun 1989, namun kali ni ke SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar. Masa tu kaunseling hanya untuk golongan menegah sahaja. Aku dan kawan2 staf sekolah mula menganjurkan program motivasi di sekolah berbekalkan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Yang banyak membantuku Arwah Cikgu Din (budak Sayong Lembah). Kem Kokurikulum pertama aku ingat bermula di SK Rambai Tujuh dan program dirancang setiap tahun. Dalam pada itu, tahun yang sama juga aku mulai memimpin dan membantu Badan Kebajikan Guru-Guru Wilayah Padang Rengas (BKGWPR). Masa tu YDPnya Dato' Hj. Khairuddin Arshad (Mantan Pengarah JPN Perak). Kemudian tahun 1995 bermulalah aku dan kawan-kawan mengadakan Program Percutian 'Summer Camp' kami - KEM REBUNG di SM Vokasional Kuala Kangsar, Padang Rengas. Antara geng asal pertama kami - Cikgu Tajuddin (Kini PK HEM SK Sult. Idris), Cikgu Fezaruddin (Kini GB SK Matang), Cikgu Mazlan (Kini PK KOKU SK Talang), Cikgu Jamaluddin (Kini PK HEM SK Rj Muda Muda), Cikgu Azhar (Kini Penyelia Sukan PPD Kuale), Cikgu Zairi (Kini Peg. Khas Sukan PPD Kuale), Cikgu Zainal (Kini GK 1 SK Pdg Asam) dan ramai lagi..... bukan tak nak tulis tapi banyak sangat.. Pogram Kem Rebung masih diteruskan hingga sekarang tetapi terhenti seketika dalam tahun 2004 dan disambung balik dalam tahun 2007.
Lepas tu tahun 1993, aku sambung belajar ke Institut Perguruan Darulaman (IPDA) di Jitra dalam Kursus Kaunseling Setahun (KSPK). Dapat cemerlang dan kumpul banyak bahan melalui pengalaman. Ingat lagi kat tok-tok guru kaunseling terutama kat Hj. Leh (Ketua Jabatan masa tu), Hj. Sabu, Pak Leh, Pak Ali (IAB), En. Razmi (IAB), Hj. Fadzil, Kak Ton, Arwah Pak Id, Arwah Pak Amer, En. Rahim dan ramai lagi. Orang kata... dan akupun kata, ilmu sebenar kaunseling memang aku timba sebanyak-banyaknya ketika di IPDA.
Tahun 1996, sambung belajar ke UPM dan graduate sekitar 2000. Lepas tu bertugas sepenuh masa sebagai Kaunselor di SMK Sayong, Kuala Kangsar dan pada 23 Feb. 2009, terima perlantikan sebagai Guru Cemerlang Kaunseling.
Pengalaman tak banyak... pernah muncul di TV3 dalam Wanita Hari ini 2003, Radio IKIM, Radio 3 Ipoh, Kaset Bahasa Inggeris bersama Team Bijak Belajar Dr. Shukri, CD Kemahiran Belajar dengan Premier Publisher (tapi sampai sekarang aku tak dapat2 CDnya... haru betul!) dan kini tengah buat buku untuk Modul Latihan Dalam Kumpulan (Aktiviti).
Bagi aku falsafah hidup, 'Buatlah apa jua, insyaAllah dengan izin Allah jua segalanya mampu dicapai. Apa yang penting.... halal dan berbakti'